Make your own free website on Tripod.com

TUMPUAN PELANCONG DI SABAH

Negeri Sabah The Land Below The Wind, merupakan tempat yang banyak daya tarikan, menjadikan negeri ini tumpuan pelancong dari luar negeri mahupun pelancong tempatan. Senario ini menjadikan industri pelancongan di sabah menjadi pemangkin utama ekonomi Sabah. Pelbagai pihak cuba menjadikan pelacongan di Sabah lebih menarik dan menyeronokkan para pelancong. Berikut merupakan catatan ringkas tentang tempat-tempat di Sabah yang mejadi tumpuan pelancong. Manalah tahu anda juga teringin hendak menlancong suatu masa nanti. Bolehlah jadi sedikit panduan.

Pelancongan Di Laut


PULAU MANTANANI

Senja Mantanani

Terletak berdekatan dengan Kota Belud. Perjalanan mengambil masa hanya kira-kira satu jam dari Kota Kinabalu, ibu negeri bagi Sabah. Apa yang menarik di sana ialah pasirnya yang putih bak kristal. Bagi anda yang berhobi memancing boleh mencuba ditampat ini. Terdapat juga perkhidmatan Scuba dan menyelam

 
Pantai Mantanani

PULAU LAYANG-LAYANG
Terkenal dengan "Swallow Reef". Boleh dilawati dengan menaiki kapal terbang.

TAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Tempat ini dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Perjalanan mengambil masa selama 20 minit sahaja dengan menaiki bot dari Kota Kinabalu. Terkenal dengan aktiviti BBQ, menyelam, memancing, snokerling, kayak, luncur angin dan banyak lagi.
 

PULAU TIGA
Terletak 48 kilometer di selatan Kota-kinabalu. Boleh dilawati dengan belayar terus dari Kota-Kinabalu, atau dari Semenanjung Klias dengan perjalanan kira-kira 30 minit dengan menaiki bot. Yang menarik di sana ialah BBQ dan banyak lagi.


 

KLIAS WETLANDS
Terdapat banyak burung di sini. Begitu juga dengan hidupan sungainya. "Proboscis Monkeys" juga terdapat disini.

 

PULAU SELINGAN(Taman Pulau Penyu)
Pulau ini terletak 40 kilometer diutrara Sandakan di laut Sulu. Pulau berdekatan ialah Pulau Bakungan Kecil dan Pulau Gulisan. Penyu hijau seperti "Chelonia Mydas" banyak terdapat di sini. Perjalanan mengambil masa satu jam dengan bot dari bandar Sandakan. Masa terbaik melawat ialah antara bulan Mac dan September.

PULAU LANGKAYAN
Tempat menyelam yang sungguh menarik dengan hidupan lautnya yang mempersonakan. Pulau ini terletak di barat daya Sandakan.

PULAU SIPADAN
Pulau ini terletak 35 kilometer di selatan Semporna. Terdapat 6 resort terdapat disini iaitu, Pulau Sipadan Resort, Abdillah sipadan Resort, Borneo Diver & Sea Sport, Borneo Sea Advanture, Pulau Bajau's dan Sipadan Dive Center.

 

PELANCONGAN DI DARAT


RUMAH PANJANG RUNGUS - KUDAT KUDAT
Rumah Panjang Rungus
Kaum Rungus merupakan salah satu keluarga bagi kaum KadazanDusun. Kebanyakan daripada mereka tinggal dirumah panjang. Kepercayaan tradisi masih terpelihara di sini.

TUARAN DAN TAMU DI KOTA BELUD
Perjalanan mengambil masa kurang satu jam dengan memandu dari Kota Kinabalu melalui lebuhraya yang baru. 'Koboi' Bajau terkenal di sini. Mereka adalah penunggang kuda yang handal.

Tamu yang berwarna-warni menambahkan lagi tarikan pengunjung. Pelawat boleh mendapatkan banyak kraftangan buatan anak tempatan Sabah. Berdekatan dengan Tuaran terdapat Sungai Mengkabong yang kaya dengan hutan bakaunya. Tempat ini sesuai untuk aktiviti menangkap ketam.

Sepanjang perjalanan, anda akan nampak kerbau di mana-mana sahaja, oleh itu berhati-hati terutama pada waktu malam kerana jalan raya milik mereka pada ketika itu.

GUNUNG KINABALU - RANAU
Sudahkah anda mendaki Gunung Kinabalu? Jika anda gemarkan aktiviti mendaki, tempat ini tempat yang sesuai untuk 'test power'. Kinabalu National Park merupakan tempat menarik dengan Gunung Kinabalu yang setinggi 4,094 meter merupakan gunung yang tertinggi di Asia. Terletak 90 kilometer dari Kota Kinabalu dan mengambil masa lebih kurang dua jam dengan menaiki kereta. Masa terbaik mendaki adalah, antara bulan Mac dan April iaitu musim kering.
 

KOLAM AIR PANAS PORING
Merupakan sebahagian daripada Kinabalu National Park. Terletak 13 kilometer dari Pekan Ranau, atau lebih kurang 40 kilometer dari Kinabalu National Park di Kundasang. Tempat ini adalah antara tempat menarik yang menjadi tumpuan utama pelancong di Sabah.. Kemudahan seperti rumah rehat disediakan. Lain-lain yang menarik disini ialah tempat berkhemah, 'Canopy Walkway', Taman Rama-rama, Orkid dan banyak lagi.

 

KAMPUNG BUDAYA MONSOPIAD - KOTA KINABALU
Dibuka pada 1 May 1996. Monsopiad dijelmakan daripada lagenda Suku Kaum Kadazandusun suatu ketika dahulu iaitu seorang pahlawan yang dinamai Monsopiad. Ianya unik kerana satu satunya kampung budaya di Sabah. Apa yang menarik disini ialah amalan tradisi suku kaum itu sendiri. Antara aktiviti yang menarik ialah Persembahan kebudayaan. Khidmat panduan pelancong juga boleh di dapati selain minuman tradisi(tapai).

KERETAPI UTARA BORNEO
Keretapi ini dibuat di England pada tahun 1954. Jumlah penumpang pada satu-satu masa ialah seramai 180 orang. Keretapi ini akan membuat perjalanan 2 kali dalam seminggu iaitu dari Kota Kinabalu ke Papar. Jadual perjalanan ialah pada hari Rabu dan hari Sabtu. Ia akan berlepas pada jam 10.00 pagi dan kembali pada jam 2.00 petang.

RAFLESIA
Perjalanan ke sini adalah dengan melalui jalan raya yang berliku-liku dari Kota Kinabalu ke Tambunan melalui Banjaran Kroker.

 

PUSAT KEBUDAYAAN MURUT
Terletak di pedalaman sabah iaitu di Tenom. Banyak perkara yang menarik disini.

BERAKIT DI SUNGAI PADAS
Hanya terdapat dua sungai sahaja di Sabah yang terkenal sebagai tempat berakit, iaitu Sungai Padas dan Sungai Kiulu. Apa kata kalau anda cuba-cuba pula berakit di Sungai Pegalan Tambunan, tentu ada kelainannya. Anda boleh menaiki kereta dari kampung Lumondou (simpang sebelah kiri dari simpang ke Ranau dan Kota Kinabalu) Tambunan sehingga ke kampung Namadan dan berakit sehingga ke TVRC Tambunan atau sehingga ke Keningau.

BATU PUNGGUL
Anda boleh menaiki bot dari Sepulut dan tinggal di rumah panjang yang hanya kira-kira 10 minit sahaja perjalanan ke Batu Punggul. Terdapat juga gua disini.

MALIAU BASIN
Tempat terkenal disini ialah air terjun maliau.

SEPILOK(PUSAT PEMULIHARAAN ORANG UTAN)
Tempat ini merupakan pusat pemuliharaan orang utan yang terbesar dan tertua di dunia. Terletak di Sepilok, Sandakan. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 20 minit dari bandar Sandakan. Jika anda ke sini, pastikan anda membawa racun penghalau nyamuk, baju lengan panjang dan seluar panjang(warna pudar), baju hujan, topi, kasut untuk mengembara, teropong, kamera dan botol air. Selain daripada sepilok tempat lain yang menarik yang berdekatan ialah Taman Buaya.

HUTAN SIMPAN HIDUPAN LIAR TABIN
Tempat ini kaya dengan hidupan flora dan fauna. Terdapat Gajah Asia, Badak Sumatera dan Tambadau disini.

LEMBAH DANUM
Tempat ini unik dan kaya dengan flora dan fauna. Terdapat 110 spesies mamalia, termasuk Gajah asia, Orang Utan, Rusa, Badak Sumatera dan banyak lagi. Jika anda ke sini pastikan anda membawa racun penghalau nyamuk, baju lengan panjang dan seluar panjang(warna pudar), baju hujan, topi, kasut untuk mengembara, teropong, kamera dan botol air dan lampu suluh.

GUA MADAI
Boleh dilawat melalui darat dari Lahad Datu atau Tawau. Terletak kira-kira 1.6 kilometer dari jalan utama. Air terjun Madai terletak di tepi jalan antara lahad Datu ke Tawau.
 

TAWAU HILLS PARK
Terdapat air terjun di sini.