Tokoh-Tokoh

 

Dato' Onn bin Jaafar
Dato' Onn lahir pada tahun 1895. Dato' Onn sejak kecil dipelihara oleh Sultan Ibrahim. Beliau mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajaran ke England. Dato' Onn pernah bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930. Pada tahun 1934, Dato' Onn menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga. Disamping itu, Dato' Onn juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.

Semasa Zaman Pendudukan Jepun, Dato' Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor. Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 41 persatuan Melayu menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman. Hasil daripada mesyuarat, sebuah badan yang mewakili orang Melayu menentang Malayan Union akan ditubuhkan. Kongres Melayu Ketiga kemudiannya diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei, 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai president yang pertama. Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn Datuk Jaafar dilantik menjadi Menteri Besar Johor.

Tiga tahun kemudian, Datuk Onn meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO. Di bawah kepimpinan Dato' Onn, UMNO telah berjaya memaksa kerajaan British membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan dan memberi hak istimewa Melayu.

Dato' Onn bercadangan bahawa membuka keahlian UMNO kepada semua orang tanpa mengira kaum. Cadangan tersebut ditentangan. Oleh yang demikian, Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai president UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 dan 26 Ogos 1951.Namun begitu, UMNO telah menggabungkan parti-parti yang dianggotai oleh kaum lain iaitu MCA dan MIC menjadi parti Perikatan pada tahun 1955.

Dato' Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya selepas meninggalkan UMNO. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955. Sekali lagi, partinya gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya umum. Walau bagaimanapun, beliau masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan 1959.

Dato' Onn meninggal dunia pada tahun 1962. Namun, tidak siapa pun yang dapat melupakan jasa Dato' Onn kepada negara dan bangsa.

Natijahnya, Dato' Onn mempunyai pandangan yang berbeza dengan ahli-ahli UMNO yang lain. Beliau ingin membuka pintu UMNO kepada kaum-kaum lain menyertainya tetapi ahli-ahli UMNO menggangap tindakan ini sebagai satu ancaman. Walau bagaimanapun, Dato' Onn tetap merupakan seorang yang berani dan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi negara dan bangsa.

Tun Tan Cheng Lock
Tun Tan Cheng Lock merupakan seorang tokoh pemimpin politik yang memberi banyak sumbangan kepada masyarakat kaum Cina. Beliau dilahirkan di negeri Melaka pada 5 April 1883. Beliau merupakan anak ketiga. Beliau pernah bertugas sebagai guru dan Penolong Pengurus estet getah. Isteri Tun Tan Cheng Lock bernama Yeo Yeok Neo. Beliau dikurniakan seorang anak lelaki dan empat anak perempuan. Beliau dilantik menjadi ahli Suruhanjaya Perbandaran Melaka dan Jaksa Pendamai Negeri Melaka pada tahun 1912. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Majlis Perbandaran Melaka dan ahli tidak rasmi Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat.

Semasa pengenalan Malayan Union, Tun Tan Cheng Lock telah bekerjasama dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya menentang UMNO. Tun Tan Cheng Lock dan rakan-rakannya telah menubuhkan AMCJA dan bekerjasama dengan PUTERA pimpinan PKMM. Pada 27 Februari 1949, Tun Tan Cheng Lock bersama-sama pemimpin Cina mengasaskan penubuhan MCA. Tujuannya adalah untuk menyatukan dan memelihara kepentingan orang Cina di Tanah Melayu. Salah satu sumbangan MCA ialah menempatkan orang Cina yang tinggal di pinggir hutan ke kampung baru yang lebih selamat. Beliau meninggal dunia pada 13 Disember 1960 ketika berusia 77 tahun.

Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad
Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Alor Star, Kedah. Dr. Mahathir adalah anak bongsu daripada adik-beradiknya. Beliau telah melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan pada tahun 1948. Beliau semakin aktif dalam beberapa kesatuan seperti UMNO. Beliau bertanding dalam pilihan raya umum buat kali pertama pada tahun 1964 dan berjaya mendapat kerusi kawasan tersebut.  Beliau menewas di tangan PAS pada pilihan raya 1969. Beliau telah dipecat oleh UMNO. Namun begitu, beliau masuk ke UMNO semula pada bulan Mac 1972. Tun Hussein Onn iaitu Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, melantik Dr. Mahathir sebagai timbalan Perdana Menteri. Pada tahun 1978, Dr. Mahathir menjadi Timbalan Presiden UMNO dan menjadi Presiden pada tahun 1981 kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat.