Johor
 

Johor Darul Takzim adalah sebuah negeri yang terletak di paling selatan Semenanjung Malaysia dan bersempadankan:

bullet Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang di utara;
bullet Laut China Selatan di timur;
bullet Selat Johor (Selat Tebrau) di selatan; dan
bullet Selat Melaka di barat.

Kedudukan Johor dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:

bulletKeluasan: ke-5 terbesar di Malaysia, dan ke-3 terbesar di Semenanjung Malaysia
bulletPenduduk: ke-2 tertinggi di Malaysia serta di Semenanjung Malaysia
bulletKepadatan: ke-7 terpadat di Malaysia serta di Semenanjung Malaysia.

Ibu negerinya ialah Johor Bahru. Darul Ta'azim, nama gelaran Arabnya, bermaksud "tempat perlindungan yang maruah".

Luasnya negeri Johor ialah 18,992 kilometer persegi (km2) dan mempunyai 2.8 juta penduduk pada tahun 2000. Pembahagian kaum mengikut bangsa ialah:

bullet Bangsa Melayu:  51.0%
bullet Bangsa Cina:      35.4%
bullet Bangsa India:       6.9%
bulletBangsa lain-lain:   6.6%.

Negeri Johor dibahagikan kepada lapan daerah seperti berikut:

bulletDaerah Johor Bahru
bulletDaerah Pontian
bulletDaerah Kota Tinggi
bulletDaerah Kluang
bulletDaerah Segamat
bulletDaerah Muar
bulletDaerah Batu Pahat
bulletDaerah Mersing.

Johor ialah negeri tunggal di Malaysia yang mempunyai pantai di sempadan timur dan barat. Kebanyakan tanahnya rendah dengan bukit-bukau yang mencerun landai. Titik tertingginya ialah Gunung Ledang yang berukuran 1,276 meter.

Johor mempunyai hutan simpan paya bakau yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan sebanyak 167 kilometer persegi (km2), termasuknya:

bulletHutan Simpan Paya Bakau Sungai Sedili Besar dan Sungai Sedili Kecil;
bulletHutan Simpan Paya Bakau Sungai Lebam.

Negeri ini juga mempunyai banyak pulau. Lapan pulau yang terbesarnya ialah:

bullet Pulau Tinggi                            
bullet Pulau Rawa
bullet Pulau Sibu
bullet Pulau Tengah
bullet Pulau Pemanggil
bullet Pulau Aur
bullet Pulau Besar
bullet Pulau Lima.

Bandar bandar utama di Johor adalah termasuk Johor Bahru (ibu negeri), Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi dan Segamat.

Kawasan Johor sudah pun bermula pada tahun 800 sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Johor di mana beliau mengasaskan Kesultanan Johor.

Kesultanan Johor pada akhir abad ke-16 dan ke-17 mengalami perjuangan pewarisan yang berturut-turutan. Ia juga sering mengalami serangan daripada pihak Portugis dan Aceh. Pada 1641, Johor menyokong pihak Belanda menewaskan pihak Portugis di Melaka dan pada 1660, Johor telah menjadi sebuah entrepot yang maju.

 

[Sunting] Johor Moden

Semasa Sir Stamford Raffles tiba di Singapura pada 1818, pulau itu ditadbir oleh Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah. Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Hussein, abang sulung Sultan Abdul Rahman, telah digugurkan sebagai sultan kerana tidak berada di sisi ayahandanya semasa kemangkatan. Raffles mengambil kesempatan dalam keadaan ini untuk menyokong Tengku Hussein menjadi sultan dan sebagai ganti, satu perjanjian dimeterai pada 6 Februari 1819 yang mana Tengku Hussein menyewa Singapura kepada pihak British untuk pembukaan pelabuhan di Singapura.

Pada tahun 1855, di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali dari Johor, kuasa memerintah Johor diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim. Temenggung Ibrahim membuka Bandar Tanjung Puteri di selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama.

Pada tahun 1866, Temenggung Abu Bakar, anakanda Temenggung Ibrahim, dilantik menjadi Sultan Johor secara rasmi dan menamakan Bandar Tanjung Puteri sebagai Johor Bahru. Sultan Abu Bakar memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Dibawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa Johor Moden".

Pada tahun 1914, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar terpaksa menerima seorang Residen British. Perang Dunia II meletus pada tahun 1939. British yang bertanggungjawab terhadap pertahanan Johor dikalahkan oleh tentera Jepun yang kemudian menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun 1945. Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun 1946, Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union.

Nasionalisme Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar daripada UMNO menyebabkan Malayan Union dibatalkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tanah Melayu kemudiannya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan kemudiannya pada tahun 1963, Johor menjadi salah sebuah daripada 14 buah negeri yang menyertai Malaysia.

 

 Kerajaan negeri

Sultan Negeri Johor merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada 36 ahli. Dewan ini melantikkan salah sepuluh orang daripada ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO). EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri.

Setiausaha Negeri merupakan ketua pentadbiran kerajaan negeri. Pejabat Setiausaha Negeri ialah teras Pentadbiran Kerajaan Negeri yang menyempurnakan sokongan pentadbiran kepada implementasi dasar-dasar yang diputuskan oleh EXCO dan Dewan Undangan Negeri.

Negeri Johor dibahagikan kepada lapan daerah di bawah 15 pihak berkuasa tempatan, iaitu:
 

  1. Batu Pahat:
    1. Majlis Perbandaran Batu Pahat
    2. Majlis Daerah Yong Peng
  2. Johor Bahru:
    1. Majlis Bandaraya Johor Bahru
    2. Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
    3. Majlis Perbandaran Kulai
    4. Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang
  3. Kluang:
    1. Majlis Perbandaran Kluang
    2. Majlis Daerah Simpang Renggam
  4. Kota Tinggi: Majlis Daerah Kota Tinggi
  5. Mersing: Majlis Daerah Mersing
  6. Muar:
    1. Majlis Perbandaran Muar
    2. Majlis Daerah Tangkak
  7. Pontian: Majlis Daerah Pontian
  8. Segamat:
    1. Majlis Daerah Segamat
    2. Majlis Daerah Labis

Berlainan daripada kebanyakan negeri lain, majlis daerah di negeri Johor tidak bertanggungjawab kepada urusan tanah. Sebaliknya, hal-ehwal tanah ditadbir oleh pejabat tanah daerah. Setiap daerah dibahagikan lagi kepada mukim-mukim dan seorang penghulu dilantik untuk mewakili Pegawai Daerah dalam pentadbiran harian.