Kuala Lumpur (KL) atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan kehakiman di Malaysia. Kuala Lumpur pernah memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Dengan penubuhan Putrajaya pada akhir 1990-an, pusat pentadbiran (eksekutif) telah dipindahkan ke ibu negara baru Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kuala Lumpur terletak di pertengahan pantai barat Semenanjung Malaysia. Di Malaysia, Kuala Lumpur umumnya dikenali sebagai KL.

Wilayah Persekutuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri melalui Kementerian Wilayah Persekutuan. Selain daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya, terdapat satu lagi Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Labuan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Lumpur dan sekitarnya.