Melaka
 

Negeri Melaka (Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah) adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan:

bullet Negeri Sembilan di utara;
bullet Johor di tenggara; dan
bullet Selat Melaka di barat.

Kedudukan Melaka dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:

bulletKeluasan: keempat terkecil di Malaysia (tangga ke-11), serta di Semenanjung Malaysia (tangga ke-9)
bulletPenduduk: kedua terkecil di Malaysia (tangga ke-13), serta di Semenanjung (tangga ke-13)
bulletKepadatan penduduk: ke-4 terpadat di Malaysia serta di Semenanjung.

Ibu negerinya Kota Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang DiPertua Negeri.

Kesultanan Melaka

KESULTANAN MELAKA
[[Imej:{{{gambar}}}|frames|center|300px]]
Tempoh Sultan
1400 – 1424 Parameswara (Raja Megat Iskandar Shah)
1424 – 1444 Sultan Muhammad Shah
1444 – 1445 Raja Ibrahim (Sultan Abu Syahid)
1445 – 1458 Sultan Muzaffar Shah
1458 – 1477 Sultan Mansur Shah
1477 – 1488 Sultan Alauddin Riayat Shah
1488 – 1511 Sultan Mahmud Shah

Untuk rencana lanjutan, lihat Kesultanan Melaka

Kesultanan Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, pada tahun di antara 1400 hingga 1403. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan.

Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir Kesultanan Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

 

Pemerintahan penjajah

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Melaka

Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Ia menjadi suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah mereka selama 130 tahun.

Pada tahun 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui pembantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada tahun 1824.

Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Kemudian, pada tahun 1946, ia menjadi salah satu Negeri Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang.

Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia pada tahun 1963.

Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.

Sektor pelancongan dan pembuatan adalah sektor utama dalam menjana ekonomi negeri. Melaka telah mengamalkan slogan "Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia". Melaka kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah.

Melaka juga terkenal untuk makanan, terutamanya gaya masakan Baba dan Nyonya yang terdirinya daripada gaya masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya adalah pedas dan berempah.

Rumah baba-nyonya di Melaka. (Gambar oleh: Andrew Lih)

Rumah baba-nyonya di Melaka. (Gambar oleh: Andrew Lih)

Sehingga hari kini, kebanyak adat-adat kuno yang berasal daripada pendudukan Portugis masih diamalkan, termasuknya "Intrudu" (sejenis perayaan air yang menandakan permulaan musim Lent, iaith musim puasa bagi orang Katolik), "branyu" (sejenis tarian tradisional) dan "santa cruz" (sejenis perayaan jalan tahunan)

Selain daripada pelancongan, Melaka juga menjadi pusat pengeluaran barangan tempatan daripada makanan dan barangan konsumer kepada barangan komponen-komponen senjata dan automotif berteknologi tinggi, elektronik serta komponen-komponen komputer. Terdapatnya sekurang-kurang 23 kawasan perindustrian yang merangkumi lebih kurang 500 kilang Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Taiwan dan Singapura.

Perkhidmatan perubatan swasta di Melaka semakin dicari oleh pesakit-pesakit sejauh Indonesia dan Singapura. Hospital Straits, Hospital Putra (dulu dikenali sabagai Hospital Southern), Hospital Melaka dan Pusat Perubatan Pakar Pantai merupakan pusat perubatan swasta yang amat popular. Mereka menyediakan perkhidmatan perubatan yang setaraf dengan kebanyakan negara maju yang lain. Kerajaan Negeri Melaka ialah pemegang saham utama Hospital Putra.