Pahang
 

Hutan rimba hijau terpelihara
Berasa dingin air di sumur
Damai tenteram dirimba negara
Di negeri Pahang Darul Makmur

Pahang (Jawi: ڨهڠ) adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Terletak di lembangan Sungai Pahang yang amat luas, ia bersempadan dengan:

bullet Kelantan di utara;
bullet Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat;
bullet Johor di selatan; dan
bullet Terengganu dan Laut China Selatan di timur.

"Darul Makmur", nama gelaran bahasa Arabnya, bermaksud "tempat perlindungan yang tenang".

Ibu negeri Pahang ialah Kuantan dan Pekan ialah Bandar Di-Raja. Bandar utama yang lain termasuk Kuala Lipis, Tanah Rata, Kuala Rompin dan Temerloh. Genting Highlands, Cameron Highlands dan Bukit Fraser merupakan tempat peranginan bukitnya.

Pembahagian etnik adalah lebih kurang seperti berikut:

bullet Melayu: 1,000,000 (76%}
bullet Cina: 233,000 (18%)
bullet India: 68,500 (5%)
bulletLain-lain: 13,700 (1%).

Geografi fizikalnya dibahagikan kepada tiga bahagian:

bullettanah tinggi
bullet hutan hujan
bulletkawasan pinggir laut.

[Sunting] Tanah tinggi

Semenanjung Malaysia merentangi telerang kuarza yang kaya dan yang dikaitkan dengan banjaran gunung di tengah. Hutan hujan meliputi kebanyakan tanah tinggi, tetapi cenderung bersifat lebih nipis dengan lebih pokok daun luruh. Paku-pakis biasa ditemui disebabkan kelembapan yang tinggi dan kabut yang meresap di kawasan ini.

Terdapat banyak ladang teh di kawasan Cameron Highlands yang terletaknya di barat. Kawasan ini adalah tertinggi di tanah besar, dan iklimnya cukup serdehana untuk mempunyai variasi suhu yang berlainan disepanjang tahun. Kawasan ini juga dikenali sebagai pembekal utama bagi kekacang dan sayur-sayuran kepada kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Genting Highlands juga dikenali sebagai padang permainan Malaysia. Ia mengandungi kasino tunggal di Malaysia, taman tema, dan banyak hotel. Diletaknya 40 minit daripada Kuala Lumpur melalui lebuh raya, Genting Highlands dimajukan oleh Lim Goh Tong yang telah membayangkan sebuah destinasi cuti tepi bukit untuk sesiapa yang hendak merehatkan diri daripada kesibukan bandar raya. Sempadan Genting Highlands merentangi kedua-dua negeri Pahang dan Selangor.

Bukit Fraser pernah diguna oleh British sebagai tempat cuti sewaktu musim panas. Oleh sebab jalan ke Bukit Fraser cuma mempunyai satu lorong, lalu lintas dihadkan kepada satu arah pada waktu yang tertentu. Kini, Bukit Fraser merupakan sebuah kampung kecil dan destinasi cuti dengan bangunan-bangunan yang bersenibentuk British.

Hutan hujan

Taman Negara, iaitu taman yang terbesar di Malaysia, terletaknya di selatan negeri Pahang. Ia mengandungi banyak binatang terancam ataupun binatang yang jarang dijumpai seperti cipan, kancil, harimau dan harimau bintang.

Hutan hujan merangkumi dua pertiga kawasan negeri ini, dan Gunung Tahan yang merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara. Oleh sebab ia terletak berdekatan khatulistiwa, hutan hujan di Malaysia adalah yang tertua di dunia: lebih kurang 130 juta tahun.

 

Tasik

Dua buah tasik yang termasyhur di Malaysia terletak di Pahang, iaitu:

bullet Tasik Bera
bullet Tasik Cini.

Tasik Bera merupakan sebidang tapak Ramsar yang mustahak kerana persekitaran gambut air tawarnya yang mengandungi pelbagai flora dan fauna. ("Ramsar" bermaksud "Senarai Tanah Lembap Ramsar" yang dipersetujui melalui "Konvensyen Tanah Lembap" yang diadakan di Ramsar, Iran pada tahun 1971. Terdapatnya 147 ahli konvensyen dengan 1524 tapak tanah lembap yang berjumlah 129.2 juta hektar dalam senarai Ramsar.) Orang asli Semelai tinggal di kawasan ini dan meneruskan cara kehidupan tradisionalnya melalui pemburuan, penangkapan ikan dan penggunaan persekitaran semula jadi.

Tasik Cini telah dikaitkan dengan sebuah legenda mengenai seekor naga yang dipercayai tinggal di tasik ini. Juga terdapat sebutan bahawa sebuah bandar raya terhilang di dalam tasik. Tasik Cini adalah masyhur bagi bunga teratainya yang berkembangan, dan baru-baru ini telah menjadi kontroversi kerana salah pengurusan pemajuan pelancongan yang menyebabkan kematian pokok-pokok dan pencemaran air.

 

 Kawasan pinggir laut

Negeri yang bergunung-ganang ini mendatar ke arah pinggir laut, dan di sini terletaknya Kuantan, ibu negeri Pahang. Terdapatnya banyak pulau di luar pesisir, termasuknya Pulau Tioman dengan terumbu karangnya. Terdapatnya juga pantai indah yang terbentang dari Kuantan ke arah Terengganu.

Industri perikanan tradisional masih terdapat di pantai. Keropok ikan digemari orang tempatan dan industri tradisional merangkumi pemprosesan ikan kering dan makanan laut serta keropok lekor yang termashyur.

Ekonomi

Industri dan eksport utama Pahang tertumpu kepada pengeluaran kayu-kayan tropika disebabkan adanya hutan yang luas. Walaubagaimanapun, kemerosotan pokok-pokok matang yang diakibatkan oleh penebangan intensif telah menyebabkan keperlahanan dan pengamalan perhutanan boleh kekal.

Produk perikanan juga merupakan sumber pendapatan yang utama, khususnya bagi komuniti-komuniti di garis pinggir laut negeri yang panjang. Ikan kering dan ikan masin merupakan keistimewaan di sini.

Raub di bahagian tengah Pahang adalah operasi perlombongan emas tunggal yang mengguntungkan tetapi rizabnya telah habis dan lombong-lombongnya telah ditutup. Baru-baru ini, teknologi baru telah menyebabkan pengekstrakan menguntungkan semula dan operasi telah bermula semula.

Sungai Lembing pada zaman kegemilangan merupakan sebuah pusat besar bagi perlombongan syaf timah.

Pelombong menggali terowong bawah tanah untuk mendapat bijih timah dan meleburkannya menjadi jongkong. Sekarang, timah tidak lagi dilombong, dan kebanyakan lombong terbanjir. Sungai Lembing merupakan sebuah bandar yang hampir luput dengan prospek yang agak sedikit kecuali pelancongan berdasarkan sejarah perlombongannya.

Kebanyakan industrinya tertumpu kepada produk berasaskan kayu serta pemprosesan petrokimia. Pelabuhan Kuantan adalah salah satu daripada pelabuhan di pantai timur yang paling sibuk dan jaringan pengangkutannya memudahkan penghantaran barangan yang pantas.

Pelancongan masih merupakan sumber pendapatannya yang terbesar dengan sumber semula jadinya yang besar untuk menarik pelawat ke hutan Taman Negara, Pulau Tioman dan Genting Highlands.

 Sejarah

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Negeri Pahang

Terdapat buktinya bahawa puak-puak nomad tinggal di Pahang pada Zaman Mesolitik. Pada zaman yang lebih moden, lapisan timah dan mas di Sungai Tembeling menarik pedagang laut dari Empayar Srivijaya. Pahang merangkumi kebanyakan daripada bahagian selatan Semenanjung Melayu pada abad ke-8 dan ke-9.

Selepas kejatuhan Empayar Srivijaya pada kira-kira 1000, Pahang dituntut mula-mulanya oleh Thailand, dan kemudiannya oleh Kesultanan Melaka. Pahang diserang oleh pihak Portugis, Belanda, Johor dan Aceh pada sebahagian besar abad ke-16. Pada masa itu, raja-rajanya sering terbunuh, kebanyakan daripada penduduknya dibunuh ataupun diperhambakan, dan ekonominya hancur. Selepas kejatuhan Aceh pada pertengahan abad ke-17, Pahang dikuasai oleh Johor. Walaubagaimanapun, sultan-sultan Pahang yang berketurunan daripada wangsa Melaka dan Wangsa Bendahara Johor memerintahkan negeri itu lebih kurang secara berterusan sejak 1470, dan sebahagian besar autonominya beransur-ansur memulih.

Dari 1858 hingga 1863, Pahang mengalami perang saudara di antara kedua-dua anakanda Sultan. Perang itu tamat sewaktu Wan Ahmad dimahkotakan pada 1887, tetapi peranannya cuma secara istiadat kerana British telah memaksanya menandatangani sebuah perjanjian yang membawa kawalan negeri itu di bawah Residen British.

Pada 1896, Pahang bersama-sama dengan Selangor, Perak, dan Negeri Sembilan memasuki Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan kemudiannya menjadi Malaysia pada 1963.

Kerajaan

Sultan Negeri Pahang merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.