Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu).

Dari segi geografi dan pentadbiran, negeri ini dibahagikan kepada dua bahagian:

bulletPulau Pinang: 293 km persegi, sebuah pulau di Selat Melaka; dan
bulletSeberang Perai: 760 km persegi, sejalur tanah di tanah besar Semenanjung Malaysia.

Ibu negeri Pulau Pinang, Georgetown dan Butterworth, sebuah bandar utama di tanah besar terletak berdekatan dengan beberapa bandar satelit di Kedah dan Perak, dan membentuk sebuah kawasan bandar yang besar di barat laut Semenanjung Malaysia. Georgetown dianugerahkan taraf bandar raya oleh Ratu Elizabeth II pada 1 Januari 1957.

Bandar utama yang lain di negeri Pulau Pinang termasuk seperti Air Itam, Jelutong, Gelugor, Bayan Baru, Tanjung Bungah, Tanjung Tokong, Batu Feringghi, Telok Bahang, Sungai Nibong, Bayan Lepas, Telok Kumbar, Kepala Batas, Seberang Jaya, Jawi, Balik Pulau, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal. Bukit Bendera, dengan ketinggian 830 meter di atas permukaan laut merupakan titik yang paling tinggi di negeri Pulau Pinang.

Pemandangan Georgetown dengan berlatarbelakangkan pemandangan Seberang Perai.

Pemandangan Georgetown dengan berlatarbelakangkan pemandangan Seberang Perai.

Negeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai. Komposisi kaum mengikut bangsa pada 1995 ialah:

bullet Bangsa Cina: 572,700 (55%)
bullet Bangsa Melayu: 446,700 (33%)
bullet Bangsa India: 127,000 (11%)
bulletBangsa lain-lain: 7,500 (1%).

Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai peratusan Etnik Melayu dan Penganut Islam terendah di Semenanjung Malaysia.

Pulau Pinang, yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales untuk menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.

Imej:Captain francis light1.jpg
Kapten Francis Light: Pengasas atau perampas?

Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentangkan cita-cita orang Perancis di wilayah.

Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila Syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Alangnya, pencubaan itu tergagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari kini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat bayarannya kepada negeri Kedah.

Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) dibawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.

Pulau Pinang ialah sebuah pelabuhan bebas sehingga 1969. Walaupun kehilangannya taraf pelabuhan bebas, Zon Perdagangan Bebasnya yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di selatan pulau menjadi salah satu daripada pusat-pusat perkilangan elektronik yang terbesar di wilayah Asia dari 1970-an sehingga akhir 1990-an.

Pada tahun 2004, ketidakpuasan terhadap kemerosotan ekonomi Pulau Pinang telah mengakibatkan kempen media untuk mengembalikannya kepada zaman kegemilangan.

 

 

Kerajaan negeri

Negeri Pulau Pinang mempunyai Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) sendiri, akan tetapi kuasanya terhad apabila dibandingkan dengan pihak berkuasa kerajaan pusat.

Sebagaimana dengan negeri-negeri Malaysia yang lain, Majlis Mesyuarat Kerajaan mengandungi ahli-ahli yang dilantik daripada parti politik yang menjadi kerajaan. Ketua Majlis Mesyuarat Kerajaan ialah Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Sebagai tradisi, Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berbangsa Tionghoa untuk membayangkan kaum majoriti di negeri ini.

Pada Mei 2005, terdapat permintaan daripada ahli-ahli UMNO, parti politik yang terbesar dalam kerajaan campuran, untuk menggilirkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang di antara parti-parti komponen Barisan Nasional, akan tetapi cadangan itu ditolak oleh Perdana Menteri.

Terdapat dua majlis perbandaran di Pulau Pinang, iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Ahli majlis tempatan dilantik oleh kerajaan negeri sejak Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dibatalkan dalam tahun 1960-an.

Imej:Komtar.jpg
Komtar merupakan mercu tanda yang utama di Pulau Pinang

Negeri Pulau Pinang dibahagikan kepada lima pembahagian pentadbiran:

bulletSeberang Perai
bulletSeberang Perai Tengah;
bulletSeberang Perai Utara;
bulletSeberang Perai Selatan.
bulletPulau Pinang
bulletDaerah Timur Laut;
bulletDaerah Barat Daya.

Pulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient), merupakan sebuah syurga bagi pencinta-pencinta makanan yang datang dari seluruh Malaysia dan Singapura untuk menikmati gaya masakan yang istimewa. Makanan Pulau Pinang yang membayangkan pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India, juga dipengaruhi kuat oleh makanan Thailand. Pulau Pinang adalah termashyur dalam makanan penjaja yang dijual dan dimakan di tepi jalan, terutamanya makanan mi dan makanan laut.

Imej:Kek Lok Si.jpg
Kuil Kek Lok Si di Air Hitam

Batu Ferringhi, yang terletaknya di pantai utara Pulau Pinang, mempunyai banyak hotel yang moden dan merupakan pantai peranginan yang amat popular. Ramai pelancong juga melawati Georgetown, sebuah bandar yang bersejarah dan yang mengandungi rumah-rumah pelbagai kaum, termasuk orang Cina Selat, Melayu dan India, yang dibina pada abad kesembilan belas. Bangunan-bangunan kolonial British boleh juga didapati diantara kuil-kuil Cina dan India, dan masjid orang India. Kuil Kek Lok Si di Air Itam, Rumah Besar Cheong Fatt Tze di bandar, dan Kuil Ular di Bayan Lepas merupakan destinasi pelancong yang masyhur. Salah satu daripada mercu tanda yang utama ialah bangunan KOMTAR, bangunan yang tertinggi di Pulau Pinang.

Kegiatan perdagangan di negeri Pulau Pinang telah merosot dengan secara hebat bukan sahaja disebabkan kehilangannya taraf pelabuhan bebas, tetapi juga kerana pemajuan yang aktif di Pelabuhan Klang berdekatan dengan ibu negara Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, masih terdapatnya sebuah terminal kontena di Butterworth yang meneruskan perkhidmatan melayankan kawasan utara.

Pada hari kini, negeri Pulau Pinang merupakan ekonomi yang ketiga terbesar di antara negeri-negeri Malaysia, iaitu selepas Selangor dan Johor. Sektor pengeluaran merupakan sektor terutama dalam ekonomi negeri dengan sumbangan sebanyak 45.9% kepada keluaran negeri kasar pada tahun 2000. Perkembangan industrialisasi di bahagian selatan pulau amat pesat, dengan banyak kilang elektronik teknologi tinggi (seperti Intel, AMD, Motorola, Agilent, Hitachi, Osram, Bosch dan Seagate) yang terletaknya di Zon Perindustrian Bebas Bayan Baru.

Sektor-sektor utama yang lain dalam ekonomi Pulau Pinang termasuk sektor pelancongan, kewangan dan lain-lain perkhidmatan.