Negeri Selangor atau juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selangor ialah negeri dengan bilangan penduduk terbanyak di Malaysia. Selangor juga merupakan negeri termaju di Malaysia dan diisytiharkan sebagai negeri maju pada 27 Ogos 2005. Negeri ini perlu mengikut contoh negeri-negeri maju yang lain di seluruh dunia seperti California di Amerika Syarikat dan New South Wales di Australia 

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Selangor

Selangor secara umumnya merupakan kawasan yang landai. Ia terletak antara banjaran dan Selat Melaka.

Negeri Selangor terbahagi kepada 9 daerah iaitu :-

bullet Gombak ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang
bullet Hulu Langat terbahagi kepada dua:
bullet Majlis Perbandaran Kajang mentadbir seluruh Kajang dan Hulu Langat
bullet Majlis Perbandaran Ampang Jaya mentadbir seluruh Ampang dan Hulu Klang
bullet Hulu Selangor ditadbir oleh Majlis Daerah Hulu Selangor
bullet Klang ditabir oleh Majlis Perbandaran Klang
bullet Kuala Langat ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Langat
bullet Kuala Selangor ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Selangor
bullet Petaling terbahagi kepada tiga:
bullet Majlis Bandaraya Petaling Jaya mentadbir bandaraya Petaling Jaya
bullet Majlis Perbandaran Subang Jaya mentadbir seluruh Subang Jaya, USJ, Puchong, Serdang dan Seri Kembangan
bullet Majlis Bandaraya Shah Alam mentadbir bandaraya Shah Alam dan Sungai Buloh
bullet Sabak Bernam ditadbir oleh Majlis Daerah Sabak Bernam
bullet Sepang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang

Bandar-bandar utama di Selangor adalah Shah Alam (ibu negeri), Klang, Kajang, Banting, Petaling Jaya, Subang Jaya , Rawang dan Semenyih.

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Selangor

Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.

Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur 

Sultan Negeri Selangor merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.