Terengganu
 

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2.

Sultan Negeri Terengganu merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.

Ibu negeri Bandar Kuala Terengganu
Bandar terbesar  
   
Sultan Sultan Mizan Zainal Abidin
Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh
Keluasan: 12,955 km2
Penduduk:
  Kepadatan:
1,500,000
115.8/km2
Bahasa rasmi Bahasa Malaysia
Bahasa lain  
Lagu kebangsaan Lagu Kebangsaan Terengganu
Agama rasmi Islam
Agama lain  
Matawang Ringgit
Zon Waktu UTC+8
Internet TLD .my
Kod panggilan 609